Capital FM 88.9

Capital FM merupakan sebuah stesen radio di Malaysia bermula 1 Februari 2008. Stesen radio ini merupakan stesen radio tempatan yang ke-64. Pengerusi Capital FM adalah Tan Sri Syed Yusof Tun Syed Nasir. Kelvin Ong (bekas personaliti TV3) merupakan pengarah stesen radio ini dan Richard Ng merupakan antara penyampai tetap Capital FM. Tagline stesen radio ini adalah ‘Nadi Pusat Bandar’ (The Pulse Of The City). Konti stesen radio ini terletak di bangunan Hotel Concorde, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.Pada Tahun 2008 sampai tahun 2010, Capital FM mendapat sambutan yang sangat mengalakkan di mana stesen tersebut adalah nadi pusat bandar, Kuala Lumpur tetapi malangnya stesen tersebut mengalami masalah kewangan pada bulan Januari, 2010 akan tetapi stesen tersebut masih aktif dengan menyajikan muzik tanpa henti dan tanpa penyampai radio ke udara sehingga SRG mengumumkan mengambil alih stesen tersebut pada bulan October 2011 dan menjenama stesen tersebut semula sebagai radio wanita.Tetapi malangnya, setelah penjenamaan semula oleh SRG, Capital FM masih gagal menarik perhatian dan peminat dan pendengar pusat bandar sehingga stesen tersebut terpaksa berhenti siaran tanpa DJ, cuma muzik dan lagu sahaja mulai 1 Oktober 2015. Kesemua ini telah berhenti selepas pengambilalihan Astro Radio.Capital FM memegang lesen Penyedia Perkhidmatan Aplikasi Aplikasi Individu (CASP) untuk membolehkannya menyiarkan tanpa DJPada 9 September 2016, Astro mengumumkan rancangan untuk membeli Red FM dan Capital FM daripada Star Radio untuk RM42 juta. Astro berhasrat untuk menjenamakan semula dan menyiarkan dua stesen radio ini melalui platform udara dan dalam talian selepas pengambilalihan.[1] Pengambilalihan itu selesai pada 30 Disember 2016 dan stesen ini kini dimiliki oleh Astro Radio dan tidak lagi berjenama. Sehingga 1 Februari 2017 hingga 1 Oktober 2017, stesen-stesen ini adalah transmisi ujian penyiaran untuk penjenamaan semula akan datang tidak lama lagi.[2]Pada 2 Oktober 2017, ia telah digantikan dengan GoXuan

Capital FM 88.9

Bahasa Inggeris
Frekuensi Berbeza-beza bergantung kepada kawasan
Tarikh siaran terakhir 30 September 2015; 4 tahun yang lalu (2015-09-30)
Tarikh siaran pertama 1 Februari 2008; 11 tahun yang lalu (2008-02-01)
Kawasan penyiaran Malaysia Barat
Bandaraya lesen Kuala Lumpur